Cherryblossom di Malaysia??

Wednesday, July 08, 2009

Dah lama sebenarnya aku nak post tajuk ni...since last year lagi...hehehe.(Opss...bahasa melambangkan budaya..). Aku ke pejabat selalunya dihantar oleh Mr President (sebenarnya ke semua tempat pun.... Aku memang suka jadi penumpang sebab aku boleh mengelamun (selalunya aku suka cari idea2 masa tu..hehe..kalau aku diam seribu bahasa bukan aku nak marah atau apa...maksudnya ada sesuatu yg sedang aku fikikan) dan aku juga suka memerhati sekeliling, sebab itu aku lebih suka duduk disebelah penumpang..haha.

Dalam masa mata aku melilau melihat rumah...bangunan..jalan...lautan kereta jem...manusia2 bandar yang ada ceria..duka...tension...dan macam-macam yang singgah dan juga hinggap mahu pun melintas dihadapan mata aku. Dan salah satu yang menarik minat aku adalah sepohon pokok yang mengeluarkan bunga yang cukup cantik. Seakan bunga 'Sakura' pula..hehehe. Apa pun, aku tak tahu apa nama pokok itu mahupun nama bunganya.

Sejak tahun lepas aku memerhati dan berdasarkan kajian yang tidak rasmi, selalunya pokok berkenaan berbunga sekitar bulan 4-7 (atau secara kebetulan?) tetapi bergantung pada tempat juga. Awal tahun 2009, aku ke Perak aku tengok ada jugak pokok ni berbunga lebat disana.Sama secara kebetulan atau memang ciri-ciri pokok tu macam tu...itu tak dapat aku pastikan kesahihannya..tapi berdasarkan pemerhatian aku itulah ciri2 pokok tu.

Pokok ni mengeluarkan bunga ketika cuaca panas dan kurang hujan. Berbunga lebat satu pohon tetapi ada juga yang hanya berbunga separuh sahaja dan ada pula memutih satu pokok..macam sakura knnn..hehehe. Dari pemerhatian aku, pokok ini mengeluarkan tiga jenis warna, ada pokok yang bunganya putih, pink dan pink ke arah purple. Seperti bunga Sakura, bunga2 ini akan layu atau kuncup apabila terkena air hujan dan kemudian akan gugur kebumi (Berdasarkan pemerhatian aku).

Pokok ini banyak ditanam sepanjang jalan sekitar lembah klang dan Shah Alam sudah tentu berlambak2. Cuma sayangnya...pokok2 ini tak berbunga sekaligus. Tapi ada juga dibeberapa kawasan pokok ini berbunga sekaligus antara satu sama lain...dan ada yang bergilir-gilir.

Jadi, kepasa sesiapa diluar sana yang tahu apa nama pokok ni sila tinggalkan pesanan sebab aku nak tahu juga apa namanya...mana tahu nanti boleh aku tanam sekitar kawasan rumah ladang aku...hehehehe.

(gambar kurang jelas krn wallpaper dan juga jarak ketika gambar diambil)

Ketika berbunga putih, Daun kebanyakkan dah gugur...cantik sebenarnya..cuma masa ni dlm kereta so tak clear...

Bawah...pokok yg sama spt diatas..

Bawah...dari jauh

Bawah...bunga pink


Bawah...tepi highway..setiap pagi aku jamu mata on the way to office..

Bawah...pokok bawah dari pandangan jauh..cantik..cuma gambar ni tak jelas..kalau tengok betul2 ada dua pohon. Satu berbunga puith dan satu lagi berbunga pink.


Atas...yang aku bulat2..pokok2 ni berbunga sekaligus disatu kawasan yang sama..cuma bunga tak penuh dan daun2nya masih ada...

5 comments:

Leeza July 9, 2009 2:54 AM  

salam jue...asal awak tak turun kejap dan tanya org kat tempat tu nama pokok tu?Kalau i mmg i g tanya terus....tak kisah ha walau org tengok kita pelik.

MokChakah July 9, 2009 8:20 AM  

Iyalah Jue...pa kata awak tanya org2 yg ada kat situ hehe...x pun awak call org DBKL tanya pokok pa tu hihihi...

JuliaEsqa July 10, 2009 1:53 PM  

Lezz, Mok...kalau ikutkan hati mahu je turun pergi tanya..tapi tak ada orang kat area tu..ada pokok jer..hehehe....tapi cantik gak kalau tanam keliling pagar umah..sekali berbunga..ceria je umah nnti

Rose Harissa (NORA) July 11, 2009 12:09 AM  

Jue... kat dalam kawasan, masjid abu bakar As siddiq Subang Jaya SS19, ada sepohon pokok tu. Bunganya lebat. Sekarang tengah gugur... tp malangnya tatau gak nama pokok tu wpun cantik... hehe

JuliaEsqa July 14, 2009 9:54 AM  

K.nora..risik2la..hehe..cantik kalau tanam sekeliling rumah...boleh buat gerai lepak lg bawah pokok tu...ptg2 boleh minum kopi..

Post a Comment