Hampir seminggu saya tak ber'online'. Sengaja meminggirkan diri dari dunia maya. Semalam saya mula membuka satu persatu rumah maya saya. Tapi bila saya buka satu rumah ni, juga rumah yang dikongsi bersama rakan-rakan penulis lain, saya terkejut. Di ruang chat, ada hamba Allah bertanya...
"ni ke team penulis yg berpuak2 ada pakatan tuk membenci penulis2 lain."
Subahanallah, Astagfirullah... itu je yang mampu saya ucapkan. Saya tak pasti sama ada dia sekadar bertanya ikhlas ingin tahu, atau bertanya menyindir atau satu tuduhan?
Andai satu tuduhan, maka di padang masyar nanti dia akan mencari kami untuk memohon maaf(kalau tak minta maaf dari skrg la). Andai satu pertanyaan... Demi ALLAH, kami menulis kerana kami cintakan penulisan tiada sekelumit untuk membenci penulis lain.
Saya sendiri tak tahu kenapa pertanyaan itu muncul difikiran hamba ALLAH itu. Ada rakan2 kami yg lain bagi tahu yang dia ada terbaca diblog seorang penulis mengatakan dirinya terkena buatan kerana dengki. Subahanallah... teruk dosa tu. Takkan kami nak buat menda tu semua? Dosa yg ada tidak tertanggung takkan nak tambah dosa tu pula...
Apalah yang nak dengki sangat? Bukan boleh kaya-raya atau jutawan pun... kalau ya, ada penulis dapat jadi jutawan kerana menulis, biarkan. Kita usahalah sendiri... kenapa perlu nak dengki mendengki ni?
Mungkin tuduhan Hamba ALLAH itu kerana kami bergabung tenaga membina sebuah 'rumah e-novel?' Untuk pengetahuan semua, niat kami bergabung kerana masing2 tidak dapat menjaga rumah e-novel masing2 dengan kerap, jadi bila kami bergabung tenaga maka rumah itu tidak basi, tidak sunyi, kerana masing2 update mengikut giliran dan kelapangan masing-masing. Tiada niat untuk membuat team benci-membenci ni!
Kepada Hamba ALLAH itu, semoga diberikan cahaya petunjuk dari ALLAH. Ingatlah, jika kita berdosa dengan ALLAH kita boleh memohon ampun dari ALLAH, kerana ALLAH itu maha pengampun. Tetapi... bila kita melakukan salah sesama manusia, kita perlu memohon maaf dengan mereka. Selagi kita tidak memohon maaf dan selagi orang itu tidak memaafkan kita selagi itu kita berdosa.
Note : Tak ada masa nak dengki-dengki ni, ALLAH dah tentukan rezeki masing2... kalau nak lebih berusaha... kalau nak sikit buat la alar kadar. Lagi pun, saya menulis bukan kerana nama... tetapi kerana idea yg muncul. Kalau idea tak muncul saya tak tulis.. kalau idea muncul saya tulis. Tu je...
Satu lagi... kalau ya kami nak membenci... kenapa kami masih membeli karya2 rakan penulis lain? Kenapa kami masih berhubung dan berbual di FB? Kalau kami membenci, kenapa setiap kali tiba PBKL kami lepak dan bertukar2 cerita dengan penulis lain? Orang yang benci membenci ni... hidup tak akan aman... mungkin kerja penulisan dia pun akan merudum... ingat2lah ya. Tak payahlah nak benci2... salurkan tenaga benci tu menjadi tenaga menulis dengan lebih baik.

3 comments:
Ya, akak sokong pendapat Jue...lagi pun kita bukan ada persatuan yg kuat untuk jaga penulis2 plankton cam kita (err skarang bilis dah mahal...hehehe)KEN satu rujukan yg bagus untuk plankton2 mcm akak nih heheheh...
amboi...hangat hati nampak? hehehe
buat tak tahu je lah jue. janji kita tak terpesong dari niat asal kita sudah. Allah S.W.T tahu siapa kita. Itu yang penting. Kalau kita difitnah, satu hari nanti kebenaran itu akan muncul juga.
Kak Noorul - betul, kalau kita tak gether2 mcm mana nak bantu membantu kan... lebih2 bilis mcm kita ni.. hehe..(bilis pangkor sedap!)
Farah - hehe.. tak adalah hangat sangat, sekadar nak naikn rating posting hari ni dan cuma nak berpesan pada Hamba Allah itu... hehehe... Kita tetap maintain happy jee... hehehe.. lebih2 nk tunggu si pinky ni keluar.. tak sabar.
Post a Comment