Haaa... amacam, dah pernah makan ke karipap Terengganu? hehe... mesti korang tertanya-tanya macam manalah rasa dan rupa karipap Terengganu ni?
Saya memang 'hantu' karipap Terengganu ni. Kalau makan boleh berketul2 saya telan. Dan hati2... kadang2 orang yg tak biasa makan Karipap Terengganu ni, dorg tak akan makan atau mungkin tak suka atau mungkin tak boleh layan. Tapi... mujur Mr President boleh layan karipap ni.
Macam mana rupanya? Hehehe.... Alar... macam karipap biasa juga. Tak ada yg lain.. cuma yg lainnya inti dalam tu. Dibuat dari ikan semata-mata! Dan kerana intinya itu jugalah aku suka karipap ni. Biasanya kita panggil 'karipap inti ikan'... saja saya tulis 'Karipap Terengganu' sebab tak akan jumpa kat tempat lain selain Terengganu dan Negeri Pantai timur, melainkan kalau ada org Terengganu yg buat dan jual di negeri2 lain. Tapi.. kalau kawasan Pantai Timur memang senang nak dapat, tapi kalau ke negeri2 lain mmg jenuhlah mencari tak akan jumpa.
Disebabkan itu, aku ada buat karipap ni. Beli ikan sekilo.. sudahnya berpuluh2 karipap berjaya dibuat untuk habiskan inti yg aku buat. Tapi karipap boleh simpan lama. boleh buat sejuk beku.. bila nk makan keluarkan dan goreng.
Nak resipinya? Okey... salin kat bawah ni.
Inti Karipap Ikan.
1 kilo ikan ( Saya beli ikan sardin/ org tganu panggil ikan ni ikan selayang kot.. kan?)
2 Cawan santan segar
1 Sudu kecil Halba (ini yg buat naik rasa ni)
6 Ulas bawang merah
2 Inci Halia (bergantung, kalau suka rasa halia, letak lebih pun takpa..)
Garam secukup rasa.
Cara
- Rebus ikan tu dengan asam keping dan garam sikit
- Biasalah, buang tulang2 tu... lepas tu kisar dengan santan.
- Masukan isi ikan yg dikisar tadi tu dalam kuali, kacau sampai hampir kering.
-Masukan bawang yg dimayang, halia yg dimayang dan halba dan garam secukup rasa.
-Kacau hingga kering. Betul2 kering.
Note : Ada setengah orang masukan sikit kelapa parut dalam sambal ikan ni. Sedap jugak.
Sambal ikan ni selain untuk karipap, boleh dimakan dengan nasi himpit. Sedap... atau dijadikan inti paun goreng.
5 comments:
Thanks Jue for the resepi...heheheh teringin gak nak cuba nih...:)
Yang orang panggil 'temose' tu ke? (Entah betul ke tak ejaan ni). Hehe.
kak Noorul - nnti kirim ya... nk test jadi ke tidak intinya.... hehe
Ilmar - ye kot.. mcm pernah dgr org tanya saya mkn 'semosa' ke apa tah.. sekali dia kuarkan karipap ni.
Disebabkan ko berjaya buat berpuluh2 biji, apa kata kalau ko jual kat aku seringgit ...dua ringgit...hehehe...buleh?
Hehe. Kalau betullah karipap tu, patutlah tak pernah jumpa kat KL. Rindu juga nak makan 'temosa' tu.
Post a Comment