Semalam lepas menikmati char koey teow kat Shah Alam kami ke area Padang Kota untuk cari DVD. Biasala bila hidup 'Bujang' ni kadang2 tahap boring yang melampau hanya mampu diserikan dengan menonton movie yg best.
Nak dijadikan cerita, selepas selesai memilih dan membeli DVD, kami pun ke parking kereta. Seperti biasa kat kawasan padang kota ni memang sesak dengan orang ramai. Jadi bila tengok kereta double park aku tak ada syak apa-apa lah... sbb seperti biasa, tuan yg double park biasanya akan aware.
Seperti biasa kami masuk kereta. Tarik seat belt (aku mmg skema, kalau kena saman krn tak pakai seat belt mmg aku nak marah, so nak elak aku marah baik sentiasa pakai) Mr P bunyikan hon, sambil aku teruja membelek dvd yg mana satu aku nk tgk kejap lagi.
Hon kali ke-2 bebunyi, ke-3, ke-4... tapi tuan kereta masih tak muncul. Mr P dah bengang... so aku suh dia p tengok kat cermin kereta tu kot2 dia ada tinggalkan name kad, sebab itu yg sering Mr P buat bila dia double park. Mr P pergi tapi katanya tak ada kad apa2 pun. So hon ke-5 bunyi... ke-6 bunyi... darah aku mula naik ke kepala.
Aku keluar dari kereta, tertinjau2 mencari pemilik kereta Myvi hitam plat no AGC/ACG 690* (kalau tak silap aku) tapi tak ada nampak bayang orang2 tergopoh gapah pun menuju ke kereta hampeh tu.
Mr P bebel2... so aku tak leh bebel lah. Biar salah seorang je yg membebel... kalau tidak haru nanti, ada yg pecahkan cermin kereta tu karang. Mr P bunyikan lagi hon, kali ini dengan bunyi yg agak panjang... berkali2... sudahnya.. semua orang dikawasan tu tengok kami.. kawasan tu penuh dengan kedai makan dan rata2 Chinese sbb byk kedai makan cina.
Hon terus berbunyi sampai telinga aku pun bingit... tapi tidak ada tanda2 pemiliknya nak datang alih. Memang aku dah hangin satu badan. Lama dooh aku tunggu, pekak ke apa tuan dia ni? tiba2 aku teringkatkan iklan di hot FM pasal double park ni. Semua pengunjung tengok kami, dah tak ada malu dah... ada nak marah je.
Sedang kami hangin, ada couple muda, chinese nk keluarkan keretanya yg parking sebelah kereta kami. Dia cadangkan kami keluarkan kereta lepas dia keluarkan, katanya nak tolong kami. lepas dia keluarkan kereta dia,betul2 dia tolong bagi arahan kat Mr P keluarkan kereta dari celah2 yg sempit tu... cuba punya cuba.. akhirnya dapat. Dan sampai sudah pemilik kereta tu tak muncul. Kalau ada kunci atau apa sahaja benda tajam kat tangan aku mmg aku calarkan aje kereta tu. kurang ajar sangat sapa suruh!
Tapi... aku tak sempat nk ucap terima kasih kat mamat tu sbb bila kereta aku nak keluar dia nak kena alih kereta dia sbb ada kereta lain pulak nak keluar. Sudahnya aku hanya mampu senyum kat awek dia masa kereta dia nak gerak. So kat sini... aku nak ucap terima kasih, sebab masih ada lagi rakyat msia yang berbudi bahasa. Rasa bersalah pula tak sempat nk ucap terima kasih kat dia. Walau % dia baca blog aku ni 0.01% tapi aku tetap nk ucap terima kasih.. kalau tak, mahu ada yg kena p balai semalam.
Yalah, kalau ikut hati aku mmg aku calar dan aku spray cermin kereta tu. Kurang ajar, tak ada kesedaran, tak tamadun... entah datang dari planet mana... tak reti2 mcm mana undang2 double park.
Moral dari kisah ni... SETIAP KALI NAK DOUBLE PARK TU.. TINGGALKAN NAME CARD ATAU NO TELEFON KAT CERMIN KERETA TU NANTI BOLEH ORANG CALL.
Bila balik, aku terfikir... entah2 pemilik kereta tu tengah gelak2 tengok ktorg marah, atau dia dah malu nk pergi alih sebab semua orang kat situ duk tunggu siapakah yg tidak bertamadun itu!
0 comments:
Post a Comment