Amaran!

Blog ini sekadar catatan biasa2, jadi ayat2nya juga biasa2. Jangan tersinggung jika ayat yg digunakan bukan ayat sastera. Harap maklum.

Geng Blogger

Thursday, November 17, 2011

Novel Cabul dan L??

Isu ni dah lama hangat, tapi ada pihak baru 'tersedar' dan baru nak hangatkan. Rasanya saya lebih dulu bercakap soal 'hangat' ni kat blog saya ni.. cuma tak berani nak letak tajuk yang hangat... tak caya baca link ni. Tapi saya tak nak heboh sbb masih berperikemanusiaan kepada penulisnya.

Kenapa masa saya bebel sorg2 pasal novel 'hangat' ni tak ada pula orang bising? Mungkin bila novel2 sebegini mula memenuhi rak buku baru orang nak kecoh kot. Cuma yg pelik, kenapa mereka kecohkan novel yg ada 'Hangat2 tahi ayam' kenapa tak bising dan serang novel yg sah2 'hangat'?

Memang...  saya kesal juga bila baca novel melayu ada cium2 molot... terkedut beb! Nak2 kalau novel tu ditulis oleh.... (rahsia) atau dikeluarkan oleh..(rahsia) lagi bertambah kedu saya.

Seingat saya, ketika saya sedang mencari2 ilmu penulisan, saya sering diingatkan soal intergriti, maruah, karya nan indah... karya yg bersih (bukan 'bersih' lain tau) sebab itu saya cuba elak ada kes2 cium molot dalam novel saya, tapi tidak bermakna saya nak dabik dada kata novel saya tu Islamik, atau 'baik' sangat... cuma masih bersih dari isu2 yg sedang hangat skrg.. ke memang ada?? :P

Ya, saya akui novel saya ada romantisnya... setakat pegang2 tangan, sentuh2 sikit je kot tapi tak adalah sampai nak naikkan ghairah pembaca (tak tahula kalu ada yg ghairah..haha.. kalau ada tu mmg lawak la)... nak buat cium molot saya tak sanggup, sbb saya tahu adik, kakak dan kawan2 saya baca karya saya. Malu beb kalu dorg baca ada menda2 mcm tu... kat mana nak sorok muka? nanti heboh sekampung cakap anak Pak Abu buat novel kotor.. nnti cian mak bapak kat kampung, dah la anaknya penulis 'melukut'... kalau ada lak isu2 mcm ni lagi myampah dorg kot... Sape nak jawab?? karang ada yg kena buang 'negeri'...

Jadi kesimpulannya... kalau ada penulis tu buat salah dalam novel, tegurlah secara baik. Secara tertutup. Jangan dibuka aib org tu... nanti berpuluh2 aib kita ALLAH buka. Bila dorg dah tak makan saman baru buat tindakan keras. Tapi kalau dah novel tu mmg novel Lucah dan penulisnya pula keras kepala pertahankan kelucahan dia tu, apa tunggu lagi... perang je laaaa, Jihad tuu... nak takut apa.

Untuk diri saya... biarlah dorg dengan cara dorg... saya selesa dengan perinsip saya.




Nota :

1. Orang yg bising2 tu perasan tak buku mereka ada gak yg 'hangat'? - jgn pula ludah ke langit nnti terkena muka sendiri, saya tak tahuuuu.
2. Isu ni timbul sebab ikhlas nak benteras gejala negatif ke atau ada agenda tersembunyi? - Dlm agama sendiri suruh tutup pekung sendiri, apatah lagi pekung org lain. Jadi janganlah tepek sesuka hati.. kesian mereka.
3. Kenapa nak hentam penulis dan penerbit je, editor tak salah ke? - Saya masih keliru...

4. Saya memang dari dulu... sekarang dan selamanya anti novel2 Cabul... 
 cuma saya tak mahu buka pekung sesiapa. Saya cuma mampu berdoa mereka kembali melihat, apakah tujuan mereka menulis. Kalau itu tujuannya.. itulah yg mereka tulis... kalau bukan itu tujuannya... masih ada masa untuk berubah.



'Majulah novel tempatan untuk negara!'

2 comments:

Anonymous said...

Oh.. penerbit itu juga ada novel cabul? Jadi, bukanlah kecabulan itu yang jadi pelarisnya. Kerana novel penerbit itu tak pernah pulak masuk dalam carta bestseller MPH atau Popular, walaupun ada yang cabul ya...

Anonymous said...

novel ni bnyk mmpengaruhi minda pmbaca..terutama remaja kini...so kalo novel cabul jd lambakan dan taruhan nanti jd ikutan remaja...camner nk jdkan remaja melayu ke arah islamik?nanti yg wujud remaja sosial...pk pk kan lahhh....