My Candyland,is-the-best-place-in-the-world! Aku boleh spend masa kat situ berjam-jam lamanya, tanpa perlu fikir soal makan-minum-tidur! Even, kalau aku masuk ketika perut aku lapar... sure akan kenyang.. kalau aku tengah mengantuk, sure aku segar balik, kalau aku tengah marah,confrm aku sejuk, kalau aku tengah tension sah dan sahih aku akan relax.Menarik kan? Korang nak joint sama? Jomlah... hahaha.
Kepada yang tak berapa nak kenal aku, mesti tertanya2 di manakah candyland aku tu... btw.. my candyland mean - any book store!! :P
Jadi, hari ni aku ke Amcorp Mall... kepada pengemar buku tentu tahu kemana aku pergi. Hajat di hati nak beli sebiji dua je, tetiba aku rindu nak baca buku2 Sophie Kinsella (lepas lunyai Can you Keep a Secret aku belek)Tapi bila ke sana aku terrrbeli lima buku.
Alah 5 biji buku apalah sangat kan? Tapi jadi isunya sebab baru bulan lepas aku borong 21 biji buku masa BBwolf sale kat serdang. Buku2 tu pun tak habis baca lagi... skrg ni dah tambah lima lagi... lepas borong 21 biji buku hari tu, aku dah nekad... walau dunia bergegar sekali pun dengan book sales, aku tak akan beli buku selagi 21 buku tu tak habis dibaca! Tapi.. hari ni aku kalah :(
So... aku ni kiranya ulat buku ke?? (Jauh dasar hati aku, sangat tak mahu mengaku yang diri ni ulat buku, terasa seperti nerd gila!) tapi... apa pun.. tak kisahlah, nerd ke.. dork ke.. apa2 pun.. aku enjoy baca novel2 tu nak buat macam mana. Betul ke, org lelaki anggap perempuan yang gila buku ni tak fun? (lelaki di luar sana.. please answer :P)
So.. inilah hasil 'memukat' novel at My Candyland...
![]() |
| Tak sabar nak habiskan semuanya ni!!! |

2 comments:
Owh, sebab itulah akak takut nak masuk candyland nih...dah tau mesti akan terbeli punya walaupun dah bertekad hehehehe
hahaha... kannn...
Post a Comment