Amaran!

Blog ini sekadar catatan biasa2, jadi ayat2nya juga biasa2. Jangan tersinggung jika ayat yg digunakan bukan ayat sastera. Harap maklum.

Geng Blogger

Wednesday, January 18, 2012

Hey Ladies! (part 1)

Di sebab isu What Women Want ada pihak lelaki yang terasa kali ni aku nak kongsi pula 'Hey ladies!'... hehe. Tentang isu 3W, aku sekadar berkongsi apa yg wanita inginkan. Hendak terima atau tidak terserah. Tidak semestinya apa yang aku senarai tu adalah betul, mungkin ada perempuan di luar sana tak kisah dengan menda2 tu semua. Anyway, good luck man!

1. Iman

Seperti lelaki wanita perlu ada keimanan dalam diri. Kalau tak ada ni memang payahlah. Kalau si isteri ada keimanan maka rumah tangga akan aman walau hakikatnya sering dilanda masalah. Keimanan bersangkut paut soal dalaman juga iaitu kesabaran. Sangat penting girls, sabar... sabar... sabar... Aku tahu sabar adalah satu perkara yang sangat-sangat-payah namun kita harus dan wajib bersabar dalam menempuh dugaan sama ada yg bergelar isteri mahu pun masih single.

Sebagai isteri, kesabaran senantiasa menemani kehidupan mereka. Dugaan mereka lebih besar dari mereka yang single. Seorang isteri perlu menjaga banyak hati, apatah lagi jika dia seorang ibu maka bertambah-tambah kesabaran perlu ada dalam diri. Dalam dunia serba moden, masih ada diskriminasi antara wanita dan lelaki, hakikat itu tak mampu kita kikis kerana hakikatnya... memang, wanita pelengkap hidup lelaki.

Apabila menjadi 'pelengkap' maka setiap tindakan kita harus berwaspada, saya percaya ramai wanita di luar sana, walau sengsara sekali pun mereka terus bertahan. Walaupun kita hanya pelengkap, tetapi kita juga tiang yang sangat kuat menyokong lelaki-lelaki lemah di luar sana. Dan kerana sokongan kaum kita, lelaki-lelaki lemah berjaya meraih kejayaan, namun sayang... hanya di pandang kejayaan seorang lelaki tapi bukan kejayaan seorang wanita yang mampu memcipta kejayaan lelaki. Jadi, wanita harus bersabar lagi...

Kepada yang single, tidak kurang hebat kesabaran yg perlu kita hadapi. Jika yang masih belum kahwin akan didesak kahwin, bila dah kahwin akan digasak dengan pertanyaan bila ada anak, bila dah ada anak akan digasak dengan soalan bila nak tambah.. dan seterusnya... kesimpulannya, kita harus bersabar kerana yang mengasak kita dengan bermacam soalan dan dugaan adalah dari kaum kita juga. Jadi... bersabarlah.

0 comments: