Kisah apa aku nak cerita ni ya?Antara 3 manusia ni, lain sangat latar belakang.. tapi ada persamaan.. iaitu... RAMBUT!
Apa kaitannya mereka dengan aku??
Okey ini kisahnya...
Aku ni jenis rimas rambut panjang, almost 2 years simpan konon nak nampak femini la. Apa pun mmg aku sayang rambut aku yg panjang melepasi bahu (seumur hidup, inilah kali pertama rambut aku berjaya melepasi bahu.. haha) Dan aku sangat cerewet dlm usaha menjaga rambut panjang ni.
Everyday perlu pakai serum and shampoo, every week masker rambut dan conditional. Dan lepas cuci mesti aku akan habiskan masa almost 15 minit depan kipas sbb nak keringkan rambut. Aku tak pakai hair drayer sbb takut rambut rosak. Aku ni jenis yg tak suka rambut basah, walau apa terjadi pun lepas mandi mesti aku akan pastikan rambut kering.
Sblm ni aku ada beli alat melurus dan curl rambut, konon nak ubah style sekali sekala... sudahnya, rambut aku sedikit rosak.. huhu.. jadi kering dan putus2.. sejak tu aku dah kurang pakai alat tu.. sudahnya 'berhabuk' dalam almari.
So, last week... macam dah penat menjaga rambut. Jadi aku tanya Mr President...
"Okey tak kalau i potong rambut?"
Dia angguk. "Potong mcm Jac."
"Pendeknya?"Aku sedikit tak setuju, sbb takkan rambut panjang ni tiba2 nk potong pendek mcm Jac?? no.. no..
"Or.. macam dulu, pernah sekali you potong pendek cantik style tu..."
so.. aku mula imbas kembali style2 rambut aku yg dulu. Jadi aku buat keputusan untuk potong pendek alar2 artis wanita korea.. hehe.
![]() |
| Ala-ala macam ni laaaa... |
Jadi... Isnin lepas, selepas ke Seri Kembangan aku singgah kat sebuah salon berhampiran pejabat akak aku. Aku cakap jelas..jelas...
"Adik potong layer pendek... tapi paras sini je tau.." Sambil aku tunjuk paras leher yg aku nak.(silap tak save gambar dlm phone)
tanpa banyak cakap budak ni potonglah... sekali bila habis potong, kat belakang pendek habis!! aku dah kecewa.. tapi aku tak marah2 budak ni (maklumla org baik :P ) sbb kalau marah pun dia tak boleh lekat balik rambut aku tu.. jadi aku diam dan dlm hati... 'fine! this is last! lepas ni aku takkan potong rambut di salon org melayu!!!'
Sorry, jgn salah faham.. aku Melayu dan aku bukan bersifat perkauman. Sblm ni ada beberapa kali potong pendek kat salon melayu... dan end up aku tak puas hati. Dulu rambut yg Mr President suka aku p potong salon cina, myb dorg ni tahu sikit kot rambut pendek yg stylo... ckp sikit je dorg dah boleh agak camne kita nak.
Sampai umah asyik belek2 rambut, terfikir juga, apalah famliy cakap or kakak.. or anak saudara yg mulut boleh tahan tu cakap kalau tengok rambut hodoh aku ni!!! huhuhu... Mr President pun asyik pandang2 je rambut aku kat bahagian belakang. Katanya, tak elok budak tu potong belakang, macam main belasah potong je... aku? mestilah sangat sedih... punya aku jaga rambut sekali dapat kat budak tu dia belasah macam tu je!! eee... geram!!
Seminggu berlalu... untuk hilang kecewa aku asyik belek dan cuba buat style rambut pelakon korea... ... Lee Min Ho hahaha. Bayangkan, perempuan buat rambut ala2 Lee Min Ho... cute ke handsome?? tapi sayang, rambut belakang terlalu pendek tak boleh ikut gaya Lee Min Ho... huhuhu.
Seminggu lebih berlalu... sekarang Mr P dah jeles sbb rambut aku dah 'handsome' macam Justin Bieber!! (rambut JB kat belakangnya terlalu pendek)
(tak sabar nak tunggu rambut belakang panjang sikit, lepas tu baru jadi rambut mcm lee min ho... cute kan? :P - pujuk hati (t_t )
Moral of the story : Pilih kedai rambut yg betul2 mahir kalau sayang rambut!!! dan cakap berkali2 kat stylish rambut yg kita betul2 nak! kalau boleh bawak gambar! huhuhuhu...


0 comments:
Post a Comment