Saturday, February 16, 2013

Bantuan ALLAH

Alhamdullilah. Sebenarnya saya terharu sangat-sangat. Tak sangka dalam era dunia kertas (wang) masih wujud manusia yg berhati jujur.

Kisahnya. Selasa lepas. Saya ngn Mr P keluar awal pagi la juga. Nak p pasar kat TTDI. Masa turun umah, lalu kat papan buletin. Ternampaklah satu note baru. Sebesar a4 paper. Tertulis...

'Kepada sesiapa kehilangan wang, Sila hubungi saya di 01xxxxxxx'

Saya pun berhenti dekat situ. Dalam hati berkata..

'Alhamdullilah. Wujud lagi manusia baik macam dia ni. Siapakah yg bernasib malang tetapi bernasib baik sebab duit dijumpai oleh manusia yg baik ini.' Hati saya masa tu terharu sungguh.

Tapi... sedetik, sepintas lalu... hati saya berbisik.. 'entah2 duit aku kot? Mana tahu masa aku nak keluarkan kunci dari beg kecik tu duit tu terjatuh. Emmm... tapi tak kot. Rasanya tak terjatuh.'

Kemudian Mr P sampai dekat saya.. saya pun kata..

"Tengok, baik betul budak ni. Kalau orang lain dah lama lesap duit tu." Kemudian kitaorang pun, terus ke kereta. Dalam kereta... aku masih berfikir..

'Agak-agaknya, macam mana budak tu nak pastikan yg telefon tu pemilik duit tu? Emmm... mungkin dia boleh tanya bilangan duit yang hilang? Atau... kepingan duit yang hilang? Bilakah, di manakah..'

kemudian... kisah itu saya lupakan.

Keesokan paginya, saya dan Mr P akan ke Seremban. Dia dengan urusan dia, dan saya pula dengan misi 'penting' saya.

Sampai kat buletin board tu, nota tu masih ada... saya pun cakap.

"Mesti tak ada org tuntut lagi ni." Kemudian terus menuju ke arah kereta.

Masuk kereta mr p tanya..

"Dah bawa semua borang? Pen?"
"Dah." Saya jawab sambil tunjuk sampul surat yang berisi borang2 yg diperlukan. Kemudian entah macam mana saya tergerak nak belek beg kecik (running armband) Gambar kat bawah...
saya memang selalu pakai armband ni je kalau p kedai.
Sebaik saja saya buka... jantung saya berhenti berdegup. Dalam beberapa saat, mata saya terkelip-kelip merenung armband yg kosong tu.

"You!! duit untuk daftar hilang!!" Bulat mata saya pandang wajah Mr P. Dah terbayang niat untuk selesaikan urusan penting pada hari itu tak akan terjadi. Takkan nak minta duit Mr p lagi, seganlah.

Mr P lak dengan muka tenang... "Hilang? Cari elok-elok."

"Memang hilang. Memang ai letak dalam ni." Saya dah cemas. Dalam hati menyesal tak sudah. Kenapalah saya p letak duit utk xxxx dalam armband. Kenapalah tak letak dalam purse! hati mengerutu.

Tiba-tiba saya terfikir sesuatu. Bulat mata saya menoleh ke arah Mr P. "You! entah-entah duit kat nota tu memang duit ai kot?" Kedua-dua kening dah terangkat. Dahi dah berkerut-kerut.

Mr P dengan muka tenang lagi... (entah2 dia nak gelakkan aku, kot) "Entah, nanti balik kita call dia."

"Eh, mana boleh! Sekarang juga ai nak call!" Terus saya buka pintu kereta berlari anak ke koridor. Sampai dekat papan iklan tu saya terus dail nombor tu. Tapi tak berjawab. Sambil berjalan ke arah kereta saya call lagi. Tak jawab lagi.

"You, dia tak angkatlah." Muka berkerut, tapi hati sedikit tenang.

Tak tahu kenapa saya yakin sangat duit tu saya punya. Sebab, saya ingat lagi, pada hari isnin, saya ke kedai, masa saya nak ambil kunci, boleh pulak saya terdetik.. 'kalau aku tarik kunci ni lepas tu duit jatuh, memang naya.' (again!!??) tapi saya cakap mcm tu sbb niat hendak berhati-hatilah kononnya. Memang berhati-hati pun, tapi entah macam mana boleh jatuh! Langsung tak perasan! Arghhh!

Mr P cakap.. "Dia tidur kot. Nanti-nanti call, atau sms je."

Okey. Aku ikut nasihat Mr P. Kita orang pun bertolak ke Seremban. Tapi sepanjang perjalanan, kejap-kejap saya jeling handset... tak sampai lima minit jeling lagi. Dalam hati duk seru2 budak tu mintak2 dia call.

Sampai kat hentian Nilai dan breakfast, tiba2 handset berbunyi. Lekas2 saya buka teks yang masuk. Yeh!! budak tu dah reply.

Lepas bersoal-siasat (bagus budak tu.) aku bagi tahu berapa nilai, kepingan wang. lepas tu dia tanya, ada resit kat dalam, barang apa yang awak beli dan dekat mana? (kann.. bagus dia, mujur jumpa org mcm dia) Saya pun dengan penuh yakinnya menjawab soalan itu. Dalam hati, kalau memang itu duit saya, betul lah, kalau salah, bukan duit sayalah.

Tapi.... Alhamdullilah. Akhirnya saya terima teks dari dia... "Betul lah tu. duit awak ni." Lepas tu dia bagi tahu rumah dia tingkat berapa. Dan petang nanti lepas dia balik kerja dia suruh saya p ambik dekat umah dia.

"Ai rasa budak ni mesti perempuan yg rumah bawah tu." Kata aku pada Mr P.
"Ya kot." jawab Mr P. "Agaknya dia tak angkat tadi sebab takut yg call tu lelaki." Kata Mr P lagi.
"Oh, yeke? Mungkin juga." Lantas saya pun balas sms budak tu dan  tulis 'Nanti petang akak call'.. cehhh.. konon nak bagi signal saya ni perempuan lah.
"Budak perempuan memang jujur. Mujur juga dia yg jumpa." Kata aku.

Bila tiba petang tu... saya pun call dengan terujanya. Alih2 yg jawab suara lelaki! Alamak! teori saya salah! Baru tahu rupanya dia budak bujang kat umah bawah tu. Dalam hati terharu... tak sangka ada lagi budak lelaki yang jujur di bumi ALLAH ini... huhuhu. Alhamdullilah.

Saya pergi ke rumah dia (suruh mr p pergi boleh lak dia suruh aku p.. huh!!) ketuk pintu, dia keluar saya pun tersenyum bak kerang rebus.

"Heee... akak yg duit tercicir tu." Saya tersengih. "Terima kasih banyak-banyak ya." ucap saya, kemudian hulurkan sebungkus kerepek tanda sangat berterima kasih. (wlp kerepek tu murah nilainya jika hendak dibandingkan dengan kejujuran dia. Di zaman kertas ni, harga kejujuran sangat-sangat mahal. Melebihi segunung intan dan permata. Sebab... even ada pertalian darah sekali pun, belum tentu mereka boleh berlaku jujur, inikan pula orang luar.)

Saya yakin... ALLAH menghulurkan bantuan kepada saya melalui budak itu. Alhamdullilah.

"Sebahagian duit tu you sedekah untuk maahad tahfiz aritulah." Kata Mr P.
"Okey."

Kesimpulan :-
1 - lelaki ke perempuan ke... manusia jujur tidak kenal jantina atau pun bangsa.
2 - Again! jangan fikir yg bukan2
3 - Walau budi itu mungkin kelihatan kecik, tapi org yg menerimanya sangat-sangat berterima kasih. Maka, hulurkan budi demi kebahagiaan bersama.
4- Jika kita sentiasa ingat ALLAH. Insya-ALLAH, ALLAH akan sentiasa bersama kita.
5- Setiap yang berlaku ada hikmahnya. Mulai hari ini .. saya tak akan negatif dan berhati-hati. TETAPI saya akan positif dan berhati2

"you... dalam bulan ni dah dua orang jiran ai terhutang budi. Tapi, semuanya lelaki. Kalau perempuankan best, boleh juga buat kawan lepas ni.." (kat kawasan umah ni saya masih tak jumpa kawan.huhuhu)



ai@umah.korangjanganjadimacamsayaeh.









6 comments:

Che Rosliza Che Mat said...

memang jujurlah...susah nak carik zaman sekarang manusia jujur...lagi2 lelaki...

Julia Esqa said...

kannn... harap2 ramai lg yg mcm tu. Kalau fikir balik boleh je, dia ambik lepas tu letak dlm tabung surau, tapi dia baik hati juga nak cari pemilik. Kebetulan pemilik lak terdesak nk pakai.. hehehe.

Pena Tumpoi said...

ehem. umur berapa ya? i mean budak lelaki bujang tu? *kelip2 mata*

Julia Esqa said...

Pena - umur? kakaka.. sesuai dah utk awak kot.. haha

Meyra John said...

Mari join sini. ^^

http://meyrajohn.blogspot.com/p/jointhiscontest.html

http://meyrajohn.blogspot.com/2013/02/sky-skype-skyping-by-selalulalu.html

http://meyrajohn.blogspot.com/2013/02/tumblring-time-by-selalulalu.html

http://meyrajohn.blogspot.com/2013/02/mencari-blogger-and-instagrammer-yang.html

Thanks. ^^

ros_reeza said...

salam perkenalan :)
Ros follow sini dari blog P.C.L..