Sebelum tengok jawapan ai kata bawah tu... boleh tak korang fikir manusia yg bagaimanakah? Jangan lupa bagi tahu kat ruang komen eh. Nak tahu juga....
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
Bagi saya....
Manusia HIPOKRIT!
Apa pun jangan fikir ai baru terkena ngn org mcm ni lak.
Tak. Cuma pernah kena.
Sekarang belum.
Harap, tak akan terjadi dah.
Sebab, manusia hipo ni kita susah nak kenal.
Sebab dia orang ni sangat baik mukanya... Sangat manis senyumannya. Sangat lembut bicaranya. Sangat ramah-tamah. Bila dpt spesis mcm ni memang payah nk kenal pasti dia hipo ke tak. Tapi ada juga yg jenis dekat muka dah leh nampak kehipokritannya..kalau jenis spesis ni senang nak hindar. Masalahnya yg muka nampak hipo ni yg biasanya tak hipo... heehehe.
ai saja buka kisah ni sbb semalam ada kawan bercerita tentang manusia hipo dekat facebook. Dia suruh saya berhati2 dengan makhluk nan satu itu. Katanya, kalau dia ada dalam list friend saya baik cepat2 block. Alhamdullilah, bila saya check, manusia itu memang tak ada dalam list saya pun. Saya percaya makhluk itu manusia hipo bukan kerana cerita dari kawan saya itu, tapi saya sendiri 'TER-melihat' gelagat dia dekat facebook. Saya tak stalker dia ya.. hehe. Tapi kebetulan saya melepak dekat sana-sini saya ternampak dia. Sebelum ini saya memang berhati2 dengan beberapa nama tu. Tapi bila kawan saya bercerita, maka mengesahkan lagi andaian saya tu. Jadi lepas ini saya akan berhati-hati dengan nama2 itu.
Nak tahu macam mana manusia hipo ni buat kerja???
Dia akan berbuat baik dengan kita kemudian dia akan provokasi kita tentang si polan. Kemudian, kalau kita tergagal mengawal emosi, gagal tetapkan iman, maka kita pun TER'luah ketidak puasan hati kita tentang si polan- si polan.. dan manusia hipo ni akan pergi report dekat si polan- si polan yg kononnya dia pun benci.
Teruk kan... sangat licik.
Saya pelik apa yg dia dpt bila buat kerja tu. Mungkin dpt raih kepercayaan si polan tu kot. Atau pun hendak meraih kejayaan dengan mudah... emmm... watever lah.
apa pun.. kejayaan, mana ada mudah dpt. Kalau mudah dapat, mudah juga kita kehilangannya. Jadi, carilah kejayaan itu dengan jalan yg bersih ya.
Btw... saya memang fobia dengan manusia Hipo ni sebab saya pernah mengalaminya ketika zaman persekolahan dulu. Serius saya percayakan dia. Saya tak akan cerita kisah tu dekat sini. Tapi saya ada selit pengalaman terkena dengan manusia hipo ni dekat novel saya akan datang... berjudul...
Aku Dan Dia, Pinky Promise.
Btw, novel tu kisah rekaan semata2.. cuma kisah manusia hipo tu saya selitkan untuk pengajaran kita bersama.
Pesan saya... kalau hendak kenal kawan2 baru dekat facebook terutamanya.. sila berhati2. Btw, saya simpati pada rakan2 yg terkena dengan manusia begini. Serius, saya simpati. Mungkin kerana mereka terlalu cepat meletak kepercayaan dengan orang. Kadang2 mmg kita hendak cari seseorang utk meluahkan ketidakpuasan hati kita.. tapi sebelum tu, sila selidik dulu siapakah mereka. Kalau hendak luah pun, biarlah dengan cara undirect.
Byeee
aku@ruangtamukejaplaginakhabiskankoreadramaygsangatsedih.
aku@ruangtamukejaplaginakhabiskankoreadramaygsangatsedih.
7 comments:
i hate org bongkak, org yg x nak dgr decision org lain. dia je yg betul. and ofcos org hipokrit.
jom terjah: http://nurfaezahabdullah1712.blogspot.com/
manusia jenis tu mmg kita kena lebih berhati2.. dia mampu merosakkan tali silaturrahim yg ade... kan kan..
p/s: tu nak abeskan tengok drama I Miss U la tu =p
Nurfaeza - betul tu, sakit jiwa kadang2 nk melayan dorg tu..
Miza - bukan saja merosakn tali tau... boleh merosakkn negara! heee... yer.. dah selamat habis dahh.. fuhhh... last 2 episod tak berapa nk teruja.. heee.
tak sabaq nak baca Aku, dia & Pinky Promise. Errr... kalo komen gini tak pe kan ZA ;)
Err Aku Dan Dia, Pinky Promise ni kuar tahun ni ke? :)
Pena - ada yg nk kena belasah ni... hahaha.
Kak Noorul - emmm.. suprise!! hahaha.
Post a Comment